Pages

12 April 2011

LAKSAMANA HANG TUAH

Artikel di bawah disalin blog 'mari ke alam jin'..tiada kena mengena dgn pemilik blog..baca boleh..caya atas diri sendiri..

LAKSAMANA HANG TUAH

Sengaja saya abadikan gambar lakaran Laksamana Hang Tuah ini di sini untuk tatapan para pembaca yang budiman supaya dapat kiranya mengubah tanggapan atas kesilapan dan kesalahan fakta sejarah melayu yang telah sengaja atau mungkin tidak sengaja diputar belitkan bahawa Laksamana Hang Tuah itu orang melayu. Sesungguhnya dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani, saya membenarkan kata kata mereka yang berkata bahawa Laksamana Hang Tuah adalah berbangsa cina berasal dari negeri China.

Beliau adalah pengembara, ahli sufi seperti seorang darwisy dihari tuanya dan dikenal sebagai seorang Wali Allah wilayatus sughra dan juga dikenal sebagai wali jin dikalangan mereka di alam jin dan bunian. Sesungguhnya kata kata saya ini bersaksikan tujuh petala langit dan tujuh petala bumi. Disaksikan oleh segala bulan dan bintang, bahawa memang adalah sebenarnya Hang Tuah berbangsa cina termasuk tiga sah abatnya kecuali Kasturi.
Hang Tuah menggunakan nama samaran sepanjang masa beliau menghilangkan diri dari istana. Beliau menggunakan nama dengan sepenuh keyakinan saya supaya tidak lagi dikenali orang bahawa dirinya adalah Laksamana Hang Tuah , pahlawan terbilang empayar islam kerajaan melayu Melaka. Saya sedang berusaha mendapatkan maklumat nama samaran beliau dalam masa terdekat ini jika diizinkan Allah. Berdoalah bersama saya agar segera terbuka hijab hijab dukhan yang gelap ini supaya kami dapat melihat perkara yang sebenar benarnya.

Mudah mudahan kita semua tidak termasuk dikalangan orang yang tersilap dan dijauhkan dari menerima riwayat yang sangat dusta dan tercemar serta amat memalukan. Sungguh kita dan saya sendiri sebelum ini telah terkhilaf dalam mempelajari dan mempercayai sejarahnya, kebenaran ini telah terbongkar setelah diizinkan Allah saya dapat menyeru rohaniah pengarang Hikayat Melayu yang telah menambah satu perkara yakni , puteri gunung ledang telah meminta kepada Sultan Mahmud supaya menyediakan tujuh tempayan air pinang muda. Jika mengikut pengakuan dan penyesalannya , itu adalah tambahan semata mata dari dirinya sendiri.

Tun Mamat adalah manusia yang bertanggung jawab menciptakan 5 syarat puteri gunung ledang, bukan nenek puteri itu sendiri. Di atas persaksian ini saya cuba membawa para peminat sejarah lama ini membetulkan tanggapan dan pendirian masing masing.

Tiada lagi gunanya mempertahankan sejarah yang terkhilaf, membetulkan sangka sangka di dalam hati adalah jalan terbaik bagi umat yang ingin mencari kebenaran.

Persoalan ini tidak akan terjawab melainkan dengan taubat dan memohon petunjuk dari Allah subhanahu wata'ala dengan mengekalkan solat sunat taubat, solat hajat, istikharah dan solat sunat tasbih berkekalan. Serta menahan diri dari melakukan kemungkaran, tahanlah diri dari tidur . makan minum yang berlebihan. Inshaallah akan terbuka hijab hati nurani menyaksikan panglima silam ini dihati sanubari. Tiada lagi bukti sejarah yang dapat dipercayai melainkan petunjuk dari ilahi.


0 comments:

Catat Ulasan